Sunday, February 24, 2008

Protes di hadapan Kedutaan British di Qatar
DOHA : Penyokong Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi telah mengadakan demonstrasi berdiri diluar Kedutaan British di Doha pada hari Rabu (20-02-2008) bagi memprotes penolakan visa perubatan kepada Ulama' ini. Salah satu bannernya berbunyi : (مستر براون: لماذا ترفضون التسامح والحوار؟) "Mr Brown : Kenapa anda menolak toleransi dan dialog?". Mereka terdiri dari 400 orang penunjuk perasaan.

Peguam Najib al-Nuami, bekas Menteri Kehakiman yang bertindak sebagai wakil al-Qaradhawi telah menyampai surat protes kepada Claire Evans, Timbalan Ketua misi British.

Surat tersebut meminta Kerajaan British menimbang semula keputusan yang tidak adil dan bersalahan dengan undang-undang untuk menolak visa al-Qaradhawi. Demonstrasi tersebut dibawah kawalan pihak Pois dan mereka menamakan diri mereka (مستر براون: كلنا قرضاوي) "Mr Brown : Kami semua penyokong al-Qaradhawi".

Evans memberitahu Nuami bahawa "Kami berpuas hati dengan demonstrasi yang aman hari ini, dan kami akan sampaikan maklumat ini kepada London".

Al-Nuami menyoal : Apakah Britain dan Eropah akan terima jika orang Kristian ditegah dari memasuki Qatar untuk menghadiri mesyuarat di Kereja Baru?

Seorang pendakwah Qatar, Syeikh Mohiddin al-Qaradaghi memberitahu bahawa kerajaan British telah mengambil tindakan yang tidak adil dan ini akan memberi kelebihan pada puak-puak ekstrimis di kedua-dua pihak.

Salah seorang penganjur, Ibrahim al-Deeb berkata bahawa protes ini juga ditujukan kepada kerajaan-kerajaan Arab dan ulama' Syiah yang tidak memberi sebarang sokongan didalam kes kerajaan British menyentap ulama' Sunni, al-Qaradhawi.

Berita penuh : http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=5811&version=1&template_id=116&parent_id=114

Friday, February 08, 2008

Hasutan Zionis mengakibatkan al-Qaradhawi dinafikan visa ke UK
[7hb Feb 2008]

Kerajaan Gordon Brown enggan meluluskan visa kepada Pengerusi Persektuan Ulama Antarabangsa, Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi ke Britain bagi tujuan merawat penyakitnya. al-Qaradhawi menyatakan bahawa ini merupakan akibat lobbi yang telah dilakukan oleh puak Neo-Conservatives, Zionis dan Golongan Sayap Kanan Media.

al-Qaradhawi menjelaskan bahawa aplikasi visa tersebut telah menunjukkan beberapa perselisihan berlaku diantara pegawai visa dan pihak kerajaan British. Beliau mensifatkan bahawa Kementerian Dalam Negeri telah berusaha merealitikan visa beliau, namun terpaksa akur dengan tekanan puak-puak penentang ini.

Pihak berkuasa dikatakan telah terkesan dengan 3 sikap al-Qaradhawi berkenaan dengan sokongannya terhadap operasi syahid Palestin terhadap Isreal.

Pemimpin Konservatif, David Cameron telah berkempen bagi menafikan visa kemasukkan al-Qaradhawi. Dia telah menuduh Brown mengkaburkan kes ini setelah mendapati laporan bahawa al-Qaradhawi dibenarkan mendapat rawatan perubatan di Britain. David menyatakan bahawa alasan itu jelas bagi tujuan keselamatan bahawa mereka hendaklah menafikan kemasukkan pendakwah yang membenci pegangan orang lain dan menyebabkan masyarakat mereka berpecah belah.

Beliau berkata :"Maka saya menyeru kepada Kerajaan agar mengesahkan bahawa tidak memberi kebenaran pada al-Qaradhawi memasuki negara ini".

Lawatan al-Qaradhawi pada tahun 2004 telah bertukar menjadi ribut apabila MP Louise Ellman, seorang ahli Sahabat Buruh kumpulan Israel telah memohon agar Setiausaha Dalam Negara, David Blunkett supaya menafikan Visa ulama' terkenal ini. Al-Qaradhawi menuduh beberapa pihak di UK telah menyebarkan berita yang bertentangan mengenai beliau.

al-Qaradhawi dikenali sebagai seorang ulama' berpandangan sederhana, dan merupakan seorang ulama' yang paling berpengaruh di dunia. Beliau merupakan pengerusi Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah, dan juga trustee kepada Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford.

al-Qaradhawi mengatakan bahawa beliau tidak keras sebagaimana yang mereka dakwa. Beliau telah mengkritik serangan keatas New York dan Washington (11 September 2001). Beliau juga mengutuk serangan keatas Madrid (2004) dan juga London (2005).

sumber : http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=5763&version=1&template_id=116&parent_id=114

Sunday, February 03, 2008

Wanita menunaikan Haji tanpa Mahram - Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi.

Prinsip didalam syariah adalah wanita tidak dibenarkan bermusafir berseorangan. Adalah wajib baginya ditemani oleh suami atau mahramnya. Peraturan ini adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Bukhari dan lain-lain dari Ibn 'Abbas ra. bahawa Nabi :saw bersabda :

لا تسافر المرأة إلا مع ذي محرم، ولا يدخل عليها رجل إلا ومعها محرم
"Tidak boleh seorang wanita bermusafir melainkan ditemani mahramnya, tidak boleh masuk keatasnya melainkan bersamanya mahram"

Asas kepada hukum ini bukanlah andaian buruk mengenai wanita dan akhlaknya sepertimana wujud dikalangan manusia yang mengatakan begitu, akan tetapi adalah kerana untuk menjaga reputasi dan kehormatannya. Larangan ini adalah untuk melindunginya dari keinginan mereka yang hatinya berpenyakit, atau diganggu oleh perogol ataupun pencuri. Malah, lebih-lebih lagi larangan berkuat-kuasa jika tempat yang ingin dilalui itu seperti padang pasir, dimana pada waktu tersebut tiada jaminan keselamatan dan juga pada tempat-tempat yang kurang pendudukannya.

Persoalannya, apakah hukum bagi wanita yang tidak mempunyai mahram untuk bersamanya didalam perjalanan yang syarie, samada wajib, mustahab (sunat) atau mubah (harus)? Pada masa itu pula terdapat sekumpulan lelaki yang dapat melindunginya, atau wanita-wanita yang dipercayai, atau jalan-jalan yang selamat. Para ulama' telah menyelidiki hal ini setiap kali mereka berbicara mengenai kewajipan haji keatas wanita, dan mereka sentiasa beringat dengan larangan Nabi terhadap wanita yang bermusafir tanpa mahram.

1. Dikalangan mereka berpegang kepada hadith tersebut, dimana mereka melarang bermusafir tanpa mahram walaupun Haji adalah ibadat wajib, tanpa ada sebarang pengecualian.

2. Ada yang membenarkan wanita tua yang sudah melebihi umur yang terdedah kepada godaan, sebagaimana riwayat al-Qadhi Abu al-Walid al-Baji., dari Mazhab Maliki.

3. Ada juga dikalangan mereka yang membuat pengecualian jika terdapat wanita-wanita yang dipercayai bersamanya.

4. Ada juga pendapat yang menyebut dengan pengecualian perjalanan mesti selamat. Ini merupakan pandangan Syiekh al-Islam Ibn Taimiyyah. Beliau mengatakan bahawa Ibn Muflih didalam al-Furu' berkata : Setiap wanita boleh menunaikan Haji tanpa mahram selama-mana dia berada didalam keadaan selamat.

al-Artham meriwayatkan dari Imam Ahmad bahawa : Mahram bukanlah syarat didalam wajib Haji. Justifikasinya adalah : kerana jika dia keluar bersama wanita lain, dan bersama mereka dia telah berada didalam keadaan selamat.

Ibn Sirin berkata : (مع مسلم لا بأس به) "Jika bermusafir bersama orang Islam maka adalah dibenarkan".

Al-Awzaa'ie mengatakan : (مع قوم عدول.) "dibenarkan jika bersama kumpulan yang adil".

al-Syafie mengatakan : (مع حرة مسلمة ثقة) "bersama wanita yang dipercayai".

Tujuannya adalah atas dasar mempertahankan dan melindunginya, dan dikuti dengan perjalanan yang selamat dan bersama lelaki yang dipercayai dan wanita.

Terdapat dalil yang membenarkan wanita bermusafir tanpa mahram dengan syarat terdapatnya keselamatan dan kehadiran mereka-mereka yang dipercayai. Sebagaimana yang dilaporkan al-Bukhari dimasa Haji terakhir Umar ibn al-Khattab ra. yang memberi izin isteri-isteri Nabi saw kebenaran menunaikan Haji. Beliau telah menghantar Uthman ra. dan Abdul Rahman Ibn Auf. Perbuatan ini dipersetujui oleh semua pihak.

Disini al-Qaradhawi meletakkan 2 kaedah tambahan :-

1. Asas hukum ini memfokuskan kepada maksud dan tujuan. Ini bertentangan dengan hukum ibadat, yang tujuannya memfokuskan kepada mentaati perintah Allah, sebelum menumpukan kepada maksud dan tujuan, sebagaimana yang dipegang oleh Imam al-Shatibi.

2. Perkara yang diharamkam tidak dibenarkan melainkan pada masa dalurat. Perkara yang dilarang pada masa tersebut dibenarkan. Tidak di sangsi lagi bahawa larangan wanita bermusafir tanpa mahram adalah bertujuan menutup pintu-pintu kejahatan.

Hendaklah kita melihat situasi bermusafir pada masa ini yang jauh berbeza pada zaman dahulu. Ia tidak lagi diliputi oleh bahaya diganggu di padang pasir, atau berdepan dengan pencuri, penyamun lebuhraya dsb. Pada amsa ini, permusafiran menggunakan kenderaan-kenderaan moden yang boleh membawa jumlah orang yang ramai pada satu masa, seperti kapal laut, kapal terbang, bas atau karavan. Malah ini menyediakan keyakinan dan kepercayaan, dan membuang perasaan takut dikalangan wanita, kerana dia tidak berseorangan dimana-mana tempat.

Malah kata al-Qaradhawi, dia tidak melihat sebarang tentangan kepada wanita melakukan Haji didalam lingkungan suasana yang selamat, yang menyediakan keperluan keselamatan.

(Ringkasan dari Fatwa Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi)
sumber : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528610316