Friday, February 08, 2008

Hasutan Zionis mengakibatkan al-Qaradhawi dinafikan visa ke UK
[7hb Feb 2008]

Kerajaan Gordon Brown enggan meluluskan visa kepada Pengerusi Persektuan Ulama Antarabangsa, Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi ke Britain bagi tujuan merawat penyakitnya. al-Qaradhawi menyatakan bahawa ini merupakan akibat lobbi yang telah dilakukan oleh puak Neo-Conservatives, Zionis dan Golongan Sayap Kanan Media.

al-Qaradhawi menjelaskan bahawa aplikasi visa tersebut telah menunjukkan beberapa perselisihan berlaku diantara pegawai visa dan pihak kerajaan British. Beliau mensifatkan bahawa Kementerian Dalam Negeri telah berusaha merealitikan visa beliau, namun terpaksa akur dengan tekanan puak-puak penentang ini.

Pihak berkuasa dikatakan telah terkesan dengan 3 sikap al-Qaradhawi berkenaan dengan sokongannya terhadap operasi syahid Palestin terhadap Isreal.

Pemimpin Konservatif, David Cameron telah berkempen bagi menafikan visa kemasukkan al-Qaradhawi. Dia telah menuduh Brown mengkaburkan kes ini setelah mendapati laporan bahawa al-Qaradhawi dibenarkan mendapat rawatan perubatan di Britain. David menyatakan bahawa alasan itu jelas bagi tujuan keselamatan bahawa mereka hendaklah menafikan kemasukkan pendakwah yang membenci pegangan orang lain dan menyebabkan masyarakat mereka berpecah belah.

Beliau berkata :"Maka saya menyeru kepada Kerajaan agar mengesahkan bahawa tidak memberi kebenaran pada al-Qaradhawi memasuki negara ini".

Lawatan al-Qaradhawi pada tahun 2004 telah bertukar menjadi ribut apabila MP Louise Ellman, seorang ahli Sahabat Buruh kumpulan Israel telah memohon agar Setiausaha Dalam Negara, David Blunkett supaya menafikan Visa ulama' terkenal ini. Al-Qaradhawi menuduh beberapa pihak di UK telah menyebarkan berita yang bertentangan mengenai beliau.

al-Qaradhawi dikenali sebagai seorang ulama' berpandangan sederhana, dan merupakan seorang ulama' yang paling berpengaruh di dunia. Beliau merupakan pengerusi Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah, dan juga trustee kepada Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford.

al-Qaradhawi mengatakan bahawa beliau tidak keras sebagaimana yang mereka dakwa. Beliau telah mengkritik serangan keatas New York dan Washington (11 September 2001). Beliau juga mengutuk serangan keatas Madrid (2004) dan juga London (2005).

sumber : http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=5763&version=1&template_id=116&parent_id=114

No comments: