Monday, October 27, 2008

Lima ribu ulama' Pakistan menyokong al-Qaradhawi

Laman qaradawi.net (26hb Oktober 2008)

Sehingga kini, lebih dari lima ribu ulama' Pakistan dari pelbagai tempat telah menyatakan sokongan kepada Syeikh Yusuf al-Qaradhawi. Dijangka mereka akan mendapat tanda tangan sebanyak dua puluh ribu ulama' Pakistan pada akhir Oktober dengan andaian kenyataan ini disebarkan disemua masjid dan akhbar-akhbar Pakistan.

Kenyataan ini telah dikeluarkan didalam sebuah surat khabar Mesir. Didalam kenyataan tersebut menegaskan bahawa mereka menolak sekeras-kerasnya kempen propaganda Iran, tipu daya dan pemalsuan yang tidak adil yang dilakukan oleh agensi berita Iran dan jurucakapnya dari Agensi berita Arab terhadap kenyataan mereka keatas seorang tokoh kesatuan dan simbol perjuangan Islam, Syeikh Imam Yusuf al-Qaradhawi ha., dimana beliau telah dituduh sebagai hipokret, Masonry, Zionis dan sebagainya.

Kami (ulama' Pakistan) mengutuk serangan ini dan pelbagai tuduhan palsu yang dilontar keatas Syiekh adalah tidak adil. Kami mengumumkan akan berdiri dibelakang Syeikh al-Qaradhawi ha. yang berhadapan dengan kuasa penentangnya.

Kami juga mengutuk apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Iran terhadap :-

1. Sokongannya terhadap kuasa asing yang menghilangkan maruah dan kekalahan negara Islam di Afghanistan dan Iraq.

2. Exploitasi kumpulan minoriti Syiah didalam negara Islam Sunni, dan hasutan mereka yang memecah belahkan kaum, yang telah mengugut dan melemahkan perpaduan negara.

3. Sokongan, malahan kepimpinan mereka didalam kumpulan terroris yang menghalalkan darah orang Islam di Iraq, Afghanistan dan Pakistan.

4. Menggunakan kekayaan, melatih daie dan menggunakan kaedah Syiah bagi menghadapi negara-negara yang ditimpa kelaparan, kemiskinan, kekalahan dan mereka itu tidak mendapat perhatian negara-negara Islam.

5. Tidak berlaku adil kepada saudara Sunni di Iraq dan cuba menghapuskan identiti agama mereka melalui pembunuhan ulama, mensabotaj masjid, sekolah-sekolah dan menarik balik kebebasan agama dikalangan mereka.

6. Menaja syarikat Siaran Satelit dimana digunakan untuk mengutuk para Sahabat Nabi :saw, dan menyiarkan tuduhan palsu keatas keluarga mereka.

7. Mewujudkan satu bahan ketawa dimana dari satu wajah mengajak orang Islam kearah Taqrib dan penyatuan, dan disudut yang lain menggunakan kuasa veto yang menampakkan keris kemunafikkan mereka.

Kami menanda tangani kenyataan ini dan memberi amaran kepada negara Iran bahawa polisi mereka yang aggresif akan mengurangkan kredibiliti mereka dikalangan negara yang berjiran, dan mencalarkan reputasi dikalangan orang Islam. WA

No comments: