Friday, January 02, 2009

al-Qaradhawi mengutuk sikap bisu Arab dan Antara-bangsa terhadap keganasan



Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi ha., Pengerusi Persekutuan Ulama Dunia mengutuk sikap membisu dunia antarabangsa dan negara Arab terhadap kekejaman dan jenayah keganasan Israel terhadap rakyat Palestine. Beliau mengajar semua bersatu membantu Gaza, diketuai oleh Kesatuan Ulama Islam.

al-Qaradhawi mengutuk keganasan Israel di Gaza dan menyifatkannya sebagai "perang global menghapuskan rakyat Palestine".

Beliau telah merayu melalui statio TV satalite "Al-Jazeera" kepada negara-negara Arab, khususnya negara Mesir dan Arab Saudi, bahawa mereka perlu melakukan sesuatu mengenai serangan tersebut.

Beliau menekankan betapa mustahaknya menyokong Gaza kepada Liga Negara Arab, OIC, dan Kemuncak Majlis kerjasama Negara Teluk selepas berada 2 hari di ibunegara Oman, Muscat.
=========

In Sya Allah, mari kita membaca qunut nazilah memohon Allah swt memberikan kemenangan kepada orang Islam dan menghancurkan musuh-musuhnya.

No comments: